Great Teacher…Inspires..

Teacher quote

 

Bayangkan situasi di mana anda hendak memulakan perjalanan ke destinasi yang jauh dengan kereta. Tiba-tiba bahagian enjin kereta anda menghadapi masalah.

Lebih malang lagi, suasana ketika itu sudah petang dan semua bengkel kereta tutup.

Tiba-tiba, datang seorang lelaki yang mengaku dirinya mekanik kereta dan memeriksa enjin kereta anda. 5 minit kemudian, dia mengatakan enjin kereta anda tiada masalah.

Insan tersebut telah memberikan keyakinan kepada anda dengan mengatakan perjalanan anda patut diteruskan.

Apakah perasaan anda?

Anda akan berasa yakin dan lega bukan? Mengapa? Kerana yang berkata tadi ialah mekanik kereta. Mereka yang mempunyai kemahiran dalam bidang enjin kereta.

Bagaimana dengan guru pula? Pelajar lebih suka dan yakin dengan kata-kata guru daripada kata-kata ibu bapanya. Mungkin ada dikalangan ibu bapa yang alami perkara ini. Semua kata-kata guru seolah-olah semuanya betul bagi anak anda.

Begitulah hebatnya seorang guru. Setiap bait kata-kata dan ucapanya menjadi INSPIRASI dan pelajar tidak sabar-sabar menantikan perkataan (sama ada dalam bentuk pujian atau kata-kata semangat) dari guru berkenaan.

*******

Bagi mereka yang berada dalam bidang pendidikan, tidak kira sebagai guru, tenaga pengajar atau fasilitator, semua pasti mengimpikan untuk menjadi seorang guru yang hebat..

Apakah ciri-ciri seorang guru yang HEBAT?

Guru yang HEBAT adalah…

(1) Guru yang KREATIF dan POSITIF.

(2) Guru yang sedia membantu MENGUBAH tingkah laku pelajarnya ke arah yang lebih baik.

(3) Guru yang setiap bait kata-kata dan ucapannya adalah ILMU & INSPIRASI.

(4) Guru yang boleh menjadikan kerja yang susah menjadi MUDAH.

(5) Guru yang boleh menggilap POTENSI dan BAKAT pelajarnya.

(6) Guru yang sedia MEMBANTU pelajarnya dikala susah dan membantu mengurus hidup serta tingkah laku pelajarnya menjadi lebih positif.

 

p/s: Bercita-cita mahu menjadi seorang guru mampu yang memberi INSPIRASI kepada pelajar-pelajarnya dan mampu membangunkan mereka menjadi insan yang lebih HEBAT dari gurunya sendiri..InsyaAllah~^_^

 

Olahan dari Sumber:

Buku “NLP (Neuro Linguistic Programming) untuk Guru” tulisan Tuan Md. Taib Mat & Tuan Jasmi Bahrim

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visit Us On FacebookVisit Us On Twitter