Biar Kecil Asal Mula, Biar Sikit Asal Buat..

A New Year, A New You..

Selamat Tahun Baru 2014!

Semakin bersemangat? Semakin seronok menempuh tahun baru?

Itulah perasaan kita setiap kali tahun baru bermula…

Sejak 2008 hingga 2013, setiap kali tiba tahun baru, saya pasti akan lakukan perkara berikut:

1) Cari sekeping kertas A4 kosong atau buku kosong.

2) Tulis 10 matlamat atau perkara yang hendak dicapai selama setahun.

3) Simpan kertas tersebut dan lihat hasilnya di akhir tahun nanti.

Biasanya, daripada 10 matlamat kita tulis, 2 -4 sudah tercapai dan ada beberapa lagi yang masih belum tercapai.

Ada juga matlamat yang saya tulis sejak 2010, masih tidak tercapai hingga ke 2013. Ini membuatkan saya terfikir, apa lagi langkah atau TINDAKAN yang perlu saya ambil untuk memastikan semua matlamat lama tercapai sebelum menambah matlamat baru.

tech-trends-2014
2014, tahun yang penuh cabaran dan peluang..

———————

Actionable Plan

———————

Setiap matlamat yang ditulis, perlu ada perancangan yang jelas dan ianya boleh dilaksanakan dalam tempoh setahun. Sebagai contoh, katakan kita menulis matlamat 2014 begini….

“Saya nak memperoleh pendapatan (income) sebanyak RM3500 sebulan..”

Ini baru matlamat atau misi kita, jadi apakah pelan tindakannya?

Contoh pelan tindakan (Actionable Plan):

1) Gaji bulanan tetap (bekerja makan gaji) – RM2000

2) Komisyen jual produk tudung (100 unit) – RM1000

3) Menjadi fasilitator program bersama konsultan XYZ (5 kali program) – RM500 (RM100/program)

Apabila ada pelan tindakan sebegini yang jelas, kita sudah tahu apa nak dibuat dan nak dikejar. Lain orang, lain pelan tindakannya walaupun mempunyai matlamat yang sama.

 

Jangan tunggu, jangan fikir terlalu lama, terus BUAT…

————————

Kuasa Tindakan

———————–

Salah seorang sahabat baik saya yang semakin aktif didalam bidang training dan pendidikan, Tuan Syed Faizal Sitheek Rahman (www.SyedFaizal.net) mempunyai kuasa TINDAKAN yang sangat hebat. Beliau seorang yang tidak berfikir terlalu lama dan tidak menunggu hingga sesuatu perkara itu sempurna (perfect) baru hendak buat.

Beliau memegang prinsip “Buat Dulu, Baru Ubah”. Banyak perkara terhasil kerana kuasa tindakan beliau.

Saya seorang yang sentiasa ada idea-idea baru dan dikategorikan sebagai seorang ‘Thinker‘. Kebolehan dan kepakaran saya adalah berfikir dan memberi idea-idea bernas, namun kelemahan saya adalah kuasa tindakan saya rendah. Banyak idea, tapi tak banyak berjalan atau sekadar separuh jalan. Ini kerana, saya mementingkan kesempurnaan (perfection) dan nak pastikan semua dalam keadaan tersedia, baru hendak laksanakan. Kesannya sama ada kerja jadi lambat siap atau kerja tidak memberi sebarang hasil.

Menuru Tuan Syed Faizal, antara Tabiat Orang Berjaya, mereka tidak tunggu PERFECTION, malah mereka terus MULA & BUAT..
Menurut Tuan Syed Faizal, antara Tabiat Orang Berjaya, mereka tidak tunggu PERFECTION, malah mereka terus MULA & BUAT..

**********************

Jadi, untuk tahun 2014 kali ini, saya memperkenalkan prinsip atau tema baru dan saya akan berpegang sekuat mungkin dengan prinsip ini InsyaAllah, iaitu..

“Biar Kecil Asal Mula, Biar Sikit Asal Buat!”

Pelan tindakannya mudah, dapat idea, terus buat walaupun sikit.

Ada idea bisnes, terus buat walaupun masih kecil-kecilan, dan sepanjang proses membangunkan bisnes tersebut baiki sedikit demi sedikit.

Better To Do Something, rather than To Do Nothing…~^_^

p/s: Anda pula bagaimana? Berikan pandangan dan komen anda disini..

6 Januari 2014.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visit Us On FacebookVisit Us On Twitter